Saturday, November 27, 2010

Iklan Di TV Suatu Masa Dulu...


Teringat satu iklan TV pada suatu masa dulu...

Dua orang suami menunggu isteri mereka masing-masing di luar 'labour room'. Suami berbangsa Cina mengatakan kepada suami berbangsa Melayu. "It's very expensive to raise a kid nowadays...". Sambung suami Cina itu lagi, "It costs a million you know to raise one kid!". Suami berbangsa Melayu hanya diam dan mengangguk mendengar penjelasan suami berbangsa Cina tersebut.

Tidak lama kemudian, doktor pun keluar dari bilik bersalin dan menuju ke arah suami Cina. "Congratulations! you got a twin". Suami berbangsa Cina ternganga mendengar khabar dari doktor. Dan suami Melayu tersenyum sambil memandang suami Cina...

Benar atau tidak, hakikatnya untuk membesarkan seorang anak tidak lagi semurah ibubapa kita dulu membesarkan kita.

Kita mencuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk anak. Kalau boleh kita tidak mahu anak-anak berjalan kaki ke sekolah 3 atau 4 kilometer sepertimana kita dulu. Kita juga tidak mahu anak-anak membawa duit belanja yang sedikit, 15 sen atau 20 sen ke sekolah sepertimana kita dulu. Dan kita juga tidak mahu anak-anak kita ke sekolah biasa yang tidak mempunyai pengajaran agama Islam yang diajar secara bersepadu.

Kalau boleh disamping anak-anak belajar matapelajaran Sains, Fizik, Matematik, English, dan lain-lain, kita juga mahu anak-anak kita pandai Bahasa Arab, menjadi seorang hafiz atau hafizah.

Dengan masa dan zaman berubah, maka untuk mendapat segala yang terbaik untuk anak, kita perlu membuat pelaburan yang agak besar! Sekolah kerajaan tidak lagi menjadi pilihan utama tetapi sekolah yang lebih Islamik bi'ahnya akan menjadi pilihan kita.

Untuk itu, tidak sedikit wang yang dibelanjakan...

Bila tiba bulan November atau Disember, maka ibubapa terkial-kial mencari duit untuk membayar pendaftaran anak-anak sekolah.

Anak-anak saya pada tahun depan, 3 orang berada di SRIH dan 3 orang di SMIH. Yang berada di SMIH pula, 2 orang akan menduduki PMR dan SPM. Maka yuran untuk bahan tambahan mereka bertambah!

Semalam dan hari ini, isteri telah pergi mendaftar untuk 3 orang anak-anak di SRIH. Melayang RM3,613.50. Minggu depan, pendaftaran 3 orang anak-anak SMIH pula... Terbang RM4,008 lagi.

Ini tidak termasuk aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah seperti program kepimpinan, kem tahfiz, dan sebagainya yang menelan belanja empat atau lima ratus lagi.

Belum masuk lagi pakaian sekolah, buku sekolah, dan peralatan persekolahan yang lain.


Bila fikir-fikir, mungkin juga apa yang suami Cina itu kata, ada kebenarannya...

1 comment:

  1. Betul...It costs a lot to raise a child...

    But those cost compare not to what Allah will give to parents yang berjaya membina anak-anak genarasi Al-Quran...

    Sungguh, pelaburan kepada Allah jauh lebih berharga...

    Ana yakin, tak mudah nak cari that amount of money...teringat ayah ana suatu ketika dahulu...Banyak duit, masa dan tenaga terpaksa dikorbankan demi masa depan anak-anak juga masa depan jemaah...tapi itu lah pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh seorang du'at...

    Alhamdulillah, anak-anaknya kini bersama-sama dengannya dalam jalan dakwah ini...

    Semoga anak-anak pakcik pun menjadi mujahid-mujahid muda yang akan bersama pakcik dalam perjuangan ini... :)

    ReplyDelete