Monday, November 29, 2010

Sepatutnya Kita Dipulangkan Wang 58 Sen Tetapi Hanya 50 Sen Diberikan...


Pernah tak apabila anda membeli sesuatu barangan dengan harga RM22.42 (termasuk cukai), anda membayar RM23, kemudian anda dipulangkan wang baki sebanyak 50 sen? Sepatutnya anda dipulangkan sebanyak 58 sen...

Kejadian seperti ini selalu berlaku apabila anda membeli barangan yang mempunyai cukai seperti di KFC, Pizza Hut, dan seumpamanya.

Selalunya apabila diberi wang baki yang tidak mencukupi tanpa rela kita berlalu pergi... Ah, apa ada sangat dengan 8 sen?

Tetapi cuba bayangkan kalau beribu orang dilakukan sedemikian berapa banyak syarikat tersebut mendapat keuntungan...

Sepatutnya, pekerja yang beragama Islam perlu meminta izin atau halal dengan duit pulangan yang tidak mencukupi. Yang lebih baik, berilah pulangan yang lebih. Kalau 58 sen, berilah 60 sen. 2 sen yang diberi extra itu, insyaAllah akan mendapat keberkatan!

Perhatikan ayat-ayat Allah di bawah yang menyuruh kita jujur dalam urusan sukatan, timbangan dalam urusan jual beli...

"Among the People of the Book are some who, if entrusted with a hoard of gold, will (readily) pay it back; others, who if entrusted with a single silver coin, will not repay it unless thou constantly stoodest demanding because they, say "There is no call on us (to keep faith) with these ignorant (pagans)." But they tell a lie against Allah, and (well) they know it." (Ali 'Imran; 75)

"And come not nigh to the orphan's property, except to improve it, until he attain the age of full strength; give measure and weight with (full) justice;― no burden do We place on any soul, but that which it can bear;― whenever ye speak, speak justly, even if a near relative is concerned; and fulfil the Covenant of Allah: thus doth He command you, that ye may remember." (Al-An'am; 152)

"To the Madyan people We sent Shu`aib, one of their own brethren: he said: "O my people! Worship Allah; Ye have no other god but Him. Now hath come unto you a clear (sign) from your Lord! Give just measure and weight, nor withhold from the people the things that are their due; and do no mischief on the earth after it has been set in order: that will be best for you, if ye have Faith." (Al-A'raf; 85)

"And O my people! Give just measure and weight, nor withhold from the people the things that are their due: commit not evil in the land with intent to do mischief." (Hud; 85)

"Give full measure when ye measure, and weigh with a balance that is straight: that is the most fitting and the most advantageous in the final determination." (Al-Isra; 35)

"Give just measure and cause no loss (to others by fraud). And weigh with scales true and upright. And withhold not things justly due to men, nor do evil in the land, working mischief." (Asy-Syu'ara'; 181-183)

Mampukah mereka, pekerja-pekerja Islam meminta halal kepada kita di kemudian hari?

Saturday, November 27, 2010

Iklan Di TV Suatu Masa Dulu...


Teringat satu iklan TV pada suatu masa dulu...

Dua orang suami menunggu isteri mereka masing-masing di luar 'labour room'. Suami berbangsa Cina mengatakan kepada suami berbangsa Melayu. "It's very expensive to raise a kid nowadays...". Sambung suami Cina itu lagi, "It costs a million you know to raise one kid!". Suami berbangsa Melayu hanya diam dan mengangguk mendengar penjelasan suami berbangsa Cina tersebut.

Tidak lama kemudian, doktor pun keluar dari bilik bersalin dan menuju ke arah suami Cina. "Congratulations! you got a twin". Suami berbangsa Cina ternganga mendengar khabar dari doktor. Dan suami Melayu tersenyum sambil memandang suami Cina...

Benar atau tidak, hakikatnya untuk membesarkan seorang anak tidak lagi semurah ibubapa kita dulu membesarkan kita.

Kita mencuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk anak. Kalau boleh kita tidak mahu anak-anak berjalan kaki ke sekolah 3 atau 4 kilometer sepertimana kita dulu. Kita juga tidak mahu anak-anak membawa duit belanja yang sedikit, 15 sen atau 20 sen ke sekolah sepertimana kita dulu. Dan kita juga tidak mahu anak-anak kita ke sekolah biasa yang tidak mempunyai pengajaran agama Islam yang diajar secara bersepadu.

Kalau boleh disamping anak-anak belajar matapelajaran Sains, Fizik, Matematik, English, dan lain-lain, kita juga mahu anak-anak kita pandai Bahasa Arab, menjadi seorang hafiz atau hafizah.

Dengan masa dan zaman berubah, maka untuk mendapat segala yang terbaik untuk anak, kita perlu membuat pelaburan yang agak besar! Sekolah kerajaan tidak lagi menjadi pilihan utama tetapi sekolah yang lebih Islamik bi'ahnya akan menjadi pilihan kita.

Untuk itu, tidak sedikit wang yang dibelanjakan...

Bila tiba bulan November atau Disember, maka ibubapa terkial-kial mencari duit untuk membayar pendaftaran anak-anak sekolah.

Anak-anak saya pada tahun depan, 3 orang berada di SRIH dan 3 orang di SMIH. Yang berada di SMIH pula, 2 orang akan menduduki PMR dan SPM. Maka yuran untuk bahan tambahan mereka bertambah!

Semalam dan hari ini, isteri telah pergi mendaftar untuk 3 orang anak-anak di SRIH. Melayang RM3,613.50. Minggu depan, pendaftaran 3 orang anak-anak SMIH pula... Terbang RM4,008 lagi.

Ini tidak termasuk aktiviti anak-anak di musim cuti sekolah seperti program kepimpinan, kem tahfiz, dan sebagainya yang menelan belanja empat atau lima ratus lagi.

Belum masuk lagi pakaian sekolah, buku sekolah, dan peralatan persekolahan yang lain.


Bila fikir-fikir, mungkin juga apa yang suami Cina itu kata, ada kebenarannya...

Tuesday, November 23, 2010

Syakir Berkhatan...


Baru balik dari Klinik UTM... Syakir, anak lelaki ku yang kelima baru saja disunatkan oleh En. Hadi dan En. Amir pada pukul 9.30 pagi tadi.

Apabila melihat ku, En. Hadi terus membawa Syakir ke 'operation theatre' (OP). Beliau sudah lama mengenali ku... sejak aku dalam Institusi Pembangunan Felo (IPF) lagi.

Cara pemotongan kali ini agak berbeza berbanding abang-abangnya sebelum ini, walaupun ke semuanya menggunakan kaedah pemotongan biasa, dan bukan menggunakan 'clamp'. 'Bird' Syakir dipotong menggunakan satu alat yang menggunakan 'wire' berapi... Kaedah ini langsung tidak mengeluarkan darah.

Abang-abangnya yang dikhatankan oleh Dr. Ismail, semua menggunakan gunting dan agak banyak darah yang mengalir.

Abang bersunat semasa berumur 4 tahun bersama rakan-rakannya, anak-anak felo Kolej Siswa Desa Skudai di Pusat Kesihatan UTM. Achik dan 'Ammar berkhatan sekali, juga di Pusat Kesihatan UTM. Pada masa itu, Achik berusia 8 tahun dan 'Ammar 6 tahun.

Kemudian Rasyid semasa berumur 6 tahun, juga di Pusat Kesihatan UTM. Dan hari ini, Syakir, berusia 6 tahun dan merupakan anak lelaki ku yang terakhir.

Syakir agak keberatan untuk masuk ke OP pada mulanya tetapi dengan pujukan ku, dia memberanikan diri dengan dipimpin oleh En. Hadi.

Aku membuka seluar Syakir dan membaringkannya ke atas katil. Aku dapati dari kelima-lima anak ku yang melalui proses ini, Syakirlah yang agak banyak menangis. Semasa di dalam OT dan sesudah keluar OT...

Mungkin dulu, Dr. Ismail dia pandai psikologi. Sebelum dia membuat 'injection' ubat kebas, dia akan memaklumkan kepada si anak bahawa cucukan ini akan terasa sakit sikit. Lepas itu, tidak akan terasa sakit lagi... Disamping Dr. Ismail mengutil 'bird' anak untuk mengetahui kesan ubat sudah berjalan, beliau juga menyuruh anak itu sendiri kutil kulit 'bird'. Secara tidak langsung, dia akan 'build up level of confident' anak bahawa proses seterusnya tidak akan terasa sakit.


Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik dan didoakan semoga Syakir berjaya melalui marhalah pertama untuk menjadi seorang lelaki...

Monday, November 22, 2010

Permissible Kissing the Hands of a Pious Man...


Hadith 889 of Riyadh-us-saleheen (Vol. 1):

Hazrat Safwan bin 'Assal (RA) says that a Jew asked his companion to take him to the Holy Prophet (SAW); and when they met him, they inquired from him about the nine clear signs (given to Moses AS); this was followed by the recital of the relevant hadith. This made the issue quite clear and in the end, both of them kissed his hands and feet and said: 'We bear witness that you are indeed a Prophet.' (Tirmizi, etc.)

Kadang-kadang kita suka berpolemik tentang perkara-perkara ranting.

Pada suatu hari, saya dan anak-anak pergi solat Zohor di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid. Selepas solat sunat, saya berjumpa dengan seorang kenalan. Anak-anak saya pun datang dan bersalam dengan pakcik tersebut sambil mencium tangannya.


"Lain kali, tak payah cium tangan orang lain! Cium tangan abah saja!", jelas pakcik tersebut kepada anak-anak saya.

Saturday, November 20, 2010

Gambar Raya Untuk Tatapan Kak Long...









Sedikit gambar raya untuk tatapan Kak Long di perantauan... Semoga terubat rindu di hati apabila melihat gelagat adik-adik di sini...Eidul-Adha 1431.

Friday, November 19, 2010

Lembu Terakhir IKRAM Johor Diqurbankan Pagi Tadi...


Pagi tadi, selesai solat subuh di MSI, UTM, kami bergerak ke ladang lembu di Simpang Renggam. Sebuah kereta yang dipandu PM Dr Hj Mohamad Wijayanuddin, dipenuhi oleh Hj Ahmadon, Hj Wan Ibrisam Fikry, Abdul Muhaimin, dan Wan Abdul Rasyid sampai di ladang sekitar jam 7.30 pagi. Kami memulakan acara dengan sarapan pagi yang disediakan oleh Hj Sarif di ladang.

Selesai sarapan, kamipun memulakan tugas dengan menyembelih 2 ekor lembu terakhir dari 33 ekor lembu yang dijadikan ibadah qurban oleh ahli IKRAM seluruh Johor pada tahun ini. Jumlah 33 ekor ini tidak termasuk ahli IKRAM Johor yang berqurban di lokaliti masing-masing bersama masyarakat setempat. Ada juga ahli IKRAM Johor yang berqurban di Indonesia bagi membantu masyarakat Indonesia yang ditimpa bencana gunung berapi di Jogjakarta.

Kemudian PM Dr Hj Mat Hussin tiba di ladang dengan keretanya, bersama sebuah lori 1 ton untuk membawa daging qurban ke Pejabat IKRAM Negeri Johor.

Pejabat IKRAM Negeri Johor baru sahaja dibeli dan belum lagi dibuat pengubahsuaian. Di sini, Pejabat IKRAM Negeri dan Pejabat IKRAM Daerah Johor Bahru Tengah akan beroperasi.

Tidak lama kemudian, PM Dr Hj Ali, Penyelaras Ibadah Qurban IKRAM Johor 1431 tiba bersama kawannya.

Sekitar jam 9 pagi, semua daging, tulang, dan babat (perut) dimuatkan ke dalam lori dan bergerak ke Taman Universiti.

Kumpulan ibu-ibu sudah bersiap sedia memotong bawang di Pejabat IKRAM sekitar jam 10 pagi.

Sebahagian dari daging akan diedarkan kepada orang-orang susah di sekitar daerah Johor Bahru Tengah, manakala sebahagian lagi dibuat sup dan masak kicap untuk jamuan kepada seluruh ahli IKRAM Johor.

Proses memasak bermula sekitar jam 11 pagi dan dijangka siap untuk dimakan selepas solat Jumaat.

Kereta kami sampai ke Pejabat IKRAM Negeri Johor, di alamat 11 Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, sekitar jam 10.20 pagi.

Saya bersama Dr Hj Jamaluddin menimbang dan mengisi beg-beg berlogo IKRAM dengan daging seberat satu kilogram setiap satu.

Pada pukul 11 pagi, saya memandu Kancil bersama Zahid Jamaluddin, Wan Abdul Rasyid, dan Wan Abdullah Syakir untuk mengagihkan daging qurban ke rumah-rumah kos rendah di Jalan Penyiaran, Jalan Pertanian, Jalan Perubatan, Jalan Kemuliaan, Jalan Kebangsaan, dan apa-apa jalan lagi di sekitar Taman Universiti...

Orang lain akan megagihkan daging di kawasan lain pula.

Sungguh memenatkan sekali... tetapi apabila mengenangkan betapa seronoknya orang yang kurang berada dapat memakan daging qurban pada hari ini, maka hilang segala kepenatan! Tujuan diedarkan sebelum tengahari adalah supaya mereka sempat memasak daging tersebut untuk santapan tengahari mereka.

Kami selesai mengagihkan daging-daging tersebut 10 minit sebelum pukul 1 petang.

Saya, Rasyid, dan Syakir pulang ke rumah untuk mandi sebelum ke Surau At-Taqwa, Taman Pulai Utama, untuk menunaikan solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat, kami terus ke Pejabat IKRAM untuk menjamu selera...

Thursday, November 18, 2010

Qurban Menjadi Budaya Orang Islam Di Malaysia


Keutamaan qurban dijelaskan oleh sebuah hadis A’isyah (RA), Rasulullah (SAW) bersabda, “Sebaik-baik amal bani Adam bagi Allah di hari Idul Adha adalah menyembelih qurban. Di hari kiamat haiwan-haiwan qurban tersebut menyertai bani Adam dengan tanduk-tanduknya, tulang-tulang dan bulunya, darah haiwan tersebut diterima oleh Allah sebelum menitis ke bumi dan akan membersihkan mereka yang melakukannya”. (Hadis Riwayat Tirmizi & Ibnu Majah)

Alhamdulillah, masyarakat di Malaysia sudah menjadikan ibadah qurban sebati dalam kehidupan mereka. Ada yang melakukannya di Malaysia di qariah masing-masing, bahkan ada yang melaksanakannya di luar negara seperti di Palestin, Kemboja, dan tempat-tempat lain yang lebih memerlukan.

Pendekata, masyarakat menengah di Malaysia makin rancak beramal dengan ibadah ini. Dalam radio IKIM, saban hari kita mendengar iklan yang menganjurkan supaya kita berqurban.

Surau at-Taqwa, Taman Pulai Utama telah melakukan qurban mereka semalam. Lima ekor lembu telah ditumbangkan!!!


IKRAM Johor menerusi Seketeriat Qurban IKRAM Negeri Johor telah dan akan melaksanakan qurban sebanyak 33 ekor di pelbagai tempat dan daerah pada tahun ini. Mereka mula menyembelih lembu pada hari semalam (Hari Raya Pertama) dan akan menyembelih lembu terakhir pada hari esok, Jumaat (Hari Raya Ketiga).


Kesemua daging diagihkan kepada masyarakat setempat.

Dalam kehidupan kita seharian, kita boleh dikatakan bertuah kerana tiada hari yang kita makan tanpa lauk. Tetapi ada sebilangan masyarakat, baik di bandar mahupun di desa hanya dapat merasa daging sebagai lauk mereka mungkin dua atau tiga bulan sekali.

Pengalaman saya mengedar sedikit keperluan harian semasa bulan Ramadhan tempohari kepada penghuni rumah kos rendah, amat menyayat hati. Mereka menceritakan pelbagai masalah yang dihadapi dan terpaksa meneruskan kehidupan dengan apa yang ada. Ibarat peribahasa kita mengatakan, "Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Agak-agak bila ya, masyarakat Islam kita akan boleh berdikari seperti di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz? Tiada masyarakat miskin... sehingga tiada orang layak untuk mendapatkan bantuan dari Baitul Mal.